Ruang Tamu
Penuhkan kerusi dengan bantal kusyen yang disarungkan dengan sarung cantik berlainan rekaan dan warna. Hiasan dinding pun memainkan peranan. Di Kaison ada banyak jual gambar abstrak cantik-cantik.
Depan Pintu Masuk
Gunakan stail deko bingkai gambar yang digantung penuh sebagai penyambut anda sebaik menjejakkan kaki di rumah. Tempatkan juga satu meja konsol untuk anda letakan kunci serta surat.
Tempat Makan
Belum ada anak dan hanya anda berdua tinggal di rumah? Beli sahaja meja makan yang kecil paling tidak, hanya memiliki 4 kerusi.
Dapur
Gantungkan juga lampu untuk beri pencahayaan unik. JANGAN GUNA LAMPU PENDARFLUOR. Sila cari lampu yang memiliki rekaan unik dan tambah seleksi pohon renek hidup.
Susun Atur Peralatan Dapur
Pinggan mangkuk tak semestinya disusun dalam kabinet. Boleh beli rak dijadikan tempat meletakkan perkakas harian dapur untuk lari sedikit daripada kebiasaan. Ditambah pula dengan tumbuhan menjalar yang renek, terus ‘cun’ dapur anda!
Balkoni
Beli sahaja kerusi dan meja kayu yang kecil untuk menaikan seri balkoni. daripada dibiarkan kosong, penuhkan segenap ruang dengan tumbuhan menghijau.
Bilik Air
Gantikan lampu syiling yang membosankan dengan lampu dinding. Mungkin kelihatan lebih eksklusif ala hotel. Pemilihan rekaan cermin juga mainkan peranan. Untuk meletak syampu dan sabun, anda boleh juga bina rak pada ruangan dinding atas tandas.
Bilik Tidur
Siapa kata bilik tidur perlu berkatil.Namun jangan lupa hamparkan set comforter yang cantik agar berseri sikit ruangan bilik simple anda tu! Tambahkan hamparan permaidani mahupun sofa kecil untuk menceriakan ruang.