apartment-bed-bedroom-439227
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Mempraktikkan Konsep Minimalis

Anda boleh mencuba idea dan inspirasi reka bentuk hiasan dalaman dari negara Jepun, Scandinivia, mahupun konsep hiasan berunsur perindustrian yang merangkumi nilai estetika yang bersih dan asli.Ia sama sekali mampu menjimatkan kos.

Konsep Maksimalis

Sebagai Pilihan-Anda boleh mencuba konsep ‘campur dan padan’ dimana ada tidak terikat dengan sebarang konsep. Dengan bajet yang telah disediakan, anda boleh padankan hiasan dalaman kediaman anda mengikut citarasa tersendiri.

Katakan Tidak Kepada Permaidani & Karpet

Jika dilihat untuk jangka masa yang lama, meletakkan permaidani/karpet mempunyai kos yang tinggi kerana ia melibatkan pelbagai jenis kos lain seperti kos pemasangan, penyelenggaraan dan pembersihan.

Memilih Jenis Lantai Yang Berpatutan

Anda boleh mencuba untuk memilih material lantai sepeti jubin, vinil dan laminasi yang lebih tahan lama. Sila pilih bahan lantai yang tahan lasak dan mampu menyenangkan anda untuk jangka masa yang lama kerana ia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan.

Mengurangkan “Hacking” (Memecahkan Dinding & Lantai)

Aktiviti ‘hacking’ seperti memecahkan dinding dan struktur bangunan mampu menelan kos yang agak tinggi kerana ia melibatkan dinding dipecahkan sepenuhnya dan penanggungan kos pemasangan semula.

Memilih Cat Rumah Dari Memasang Kertas Dinding

Penggunaan cat rumah mampu memberikan wajah yang lebih menarik kepada kediaman daripada memasang ‘wallpaper’ atau kertas dinding. Kos penggunaan cat rumah jauh lebih rendah daripada pemasangan kertas dinding.

Shop at @fadecodesign


Our Satisfied Clients
0
Commercial
0
Residential
0
Decoration
0
Charity
Need help? Chat with us