abstract-abstract-expressionism-abstract-painting-1150626
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Warna Cat Rumah Cantik, Tapi Terlalu Selamat

Putih melambangkan bersih dan suci. Ramai yang memilih warna ini dalam apa jua jenis kediaman kerana ia warna ‘safe’.dalam ruang yang kecil, serba putih memberi suasana yang boring dan dull. Seharusnya, jika dinding berwarna putih, serikan suasana dengan menggabungkan warna-warna ceria pada soft furniture.

Gandingan Tidak Sesuai di Zon Warna

Zon warna dilakukan sebagai pemisah ruang misalnya rona hijau untuk ruang tamu dan merah untuk ruang makan. Namun bagi ruang kecil, gandingan warna antara satu ruang dengan ruang yang lain haruslah sesuai. Jika salah gandingan warna, ruang kecil akan nampak padat dan sempit.

Pencahayaan Kurang Berseri

Pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira sewaktu pencahayaan di waktu malam.Ada warna yang menambah suasana suram dalam kediaman meskipun diterangi dengan pencahayaan lampu.

Warna Lantai Diabaikan

tahukah anda, warna lantai turut mempengaruhi visual dan keseluruhan suasana dalam bilik?Pastikan warna lantai hampir sama dengan warna bilik. Jika penggunaan warna yang salah, boleh mempengaruhi ketenangan ruang berkenaan.

Terlalu Banyak Warna Dalam Satu Ruang

Tidak salah jika anda ingin gandingkan pelbagai warna dalam satu ruang namun elakkan guna proportion yang sama.Pilih satu warna utama dan gunakannya kira-kira 60 peratus dalam ruang. Kemudian tambahkan satu warna, dan gunakannya kira-kira 30 peratus. Pilih warna terakhir dan gunakannya sehingga 10 peratus.

Gandingan Warna Kontra Yang Tidak Sepadan

Bukan semua berani bermain dengan warna kontra kerana salah gandingannya, ia memberi suasana yang janggal dan tidak selesa. Sebab itu harus kreatif dalam membuat suai padan apabila mengguna warna-warna kontra agar tidak berlebihan.

Warna Terlalu Gelap

Satu warna satu ruang! Elak pilih satu warna untuk satu ruang sehingga soft furniture dan hiasan dalaman juga dari rona sama. Ia akan menyebabkan ruang nampak gelap. Jika ingin juga menggunanya, pastikan memilih warna ton dari gelap ke lembut.

Penggunaan Warna Terang Yang Berlebihan

Terlalu banyak warna terang misalnya warna merah boleh menjadikan seseorang itu agresif. Manakala, warna-warna tenang pula dapat memberi kelegaan dan membantu mendamaikan perasaan.

Warna Boleh Mempengaruhi ‘Mood’

Sebab itu perlu dikaji dahulu apabila memilih warna cat rumah cantik agar dapat disesuaikan untuk  kediaman. Pemilihan warna yang salah boleh menjejaskan ‘mood’ dan suasana dalam rumah.

Shop at @fadecodesign


Our Satisfied Clients
0
Commercial
0
Residential
0
Decoration
0
Charity
Need help? Chat with us