apartment-architecture-chair-892618
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Dinding Bercorak

Sebelum anda mengisi rumah dengan segala macam perkakas mahupun perabut pilihan, perhatikan dinding rumah terlebih dahulu.Corak serta cetakan yang ceria pada dinding secara tidak langsung mampu menaikkan seri sekaligus membuatkan rumah kelihatan lebih luas.

Kerusi Rehat Dengan Ruang Simpanan

jika anda mendiami rumah yang kecil, manfaatkan perabot yang boleh digunakan sebagai ruang penyimpanan seperti kerusi rehat yang boleh dijadikan kotak simpanan barang-barang mahupun meja makan yang boleh dilaras dan dilebarkan jika perlu.

Perabot Lut Sinar

Kadang-kala perabot yang terlalu berwarna-warni akan menyerabutkan keadaan rumah. Jadi apa kata kali ini anda gunakan perabot yang mempunyai rekaan lut sinar.

Dulang Hiasan

Ini cara terbaik untuk anda menghalang meja kopi anda dipenuhi duit syiling, kunci rumah mahupun barangan genit lain yang kemudiannya menampakkan ruang tamu anda kelihatan bersepah.

Rak Buku Terbuka

Anda boleh menggunakan rak buku terbuka untuk mewujudkan ruang pemisah untuk satu ruang berubah menjadi kepada dua ruang yang berbeza seperti antara ruang tamu dan ruang makan.

Katil Dengan Ruang Simpanan

Alternatif yang bijak untuk memiliki katil sebegini jika bilik yang kecil harus dikongsi oleh dua individu. Sudahlah satu katil dapat diisi dengan dua tilam berlainan, malah terdapat juga laci “built in” yang boleh dimanfaatkan sebagai ruang penyimpanan genius.

Cermin Bersaiz Gergasi

Cermin dapat memberi ilusi seolah ruang rumah anda yang kecil itu kelihatan dua kali ganda lebih besar. Praktikkan penggunaan cermin yang lebih besar di dalam rumah okay?

Shop at @fadecodesign


Our Satisfied Clients
0
Commercial
0
Residential
0
Decoration
0
Charity
Need help? Chat with us